Syatilla Melvin ded4h tunaikan solat Dhuha pada usia 30 tahun, belajar niat di Youtube – “MaIu dengan diri sendiri Tuhan saja yang tahu”

PELAKON Syatilla Melvin mengakui dia berasa menyesaI dan maIu apabila hanya melaksanakan solat sunat Dhuha pada usia sudah menjangkau 30 tahun.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkata, dia menikmati perasaan yang sangat luar biasa selepas mengamalkan solat sunat itu setiap hari.

Kongsi isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini lagi, dia mula belajar melakukan cara melakukan solat sunat itu menerusi pencarian Google dan YouTube.

Syatilla berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah maIu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini.

“Dulu solat yang wajib pun r0ngak-r0ngak, apatah lagi yang sunat. Segan dan maIu giIa nak mengaku sebenarnya, takvt orang fikir bukan-bukan, takut orang kutvk, takvt orang cop kita bukan-bukan.

“Sebab tak pernah buat solat dhuha ini, jadi cara nak niat pun kena Google tengok YouTube. MaIu dengan diri sendiri tuhan saja tahu. Tapi bila dah mula buat, rasa sayangnya nak tinggal, rasa macam keperluan pula!

“Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tahu. Insya-Allah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. Tolong doakan kami. Keputusan melalui solat Dhuha ni Tilla dapat sangat luar biasa!” ujarnya.

Dalam pada itu, Syatilla yang berkongsi perkara berkenaan di laman sosialnya mengakui pada mulanya bimbang perkongsiannya tersebut menerima reaksi negatif.

Bagaimanapun Syatilla berharap dengan pendedahannya itu dapat membuka hati orang lain untuk turut menunaikan solat Dhuha memandangkan dia sudah berjaya melakukannya.

Syatilla berharap dirinya terus istiqamah melakukan solat Dhuha setiap hari.

“Tapi bila fikir balik, why not aku share saja benda ni, mana tahu bila followers yang baca ni tiba-tiba terbuka hati nak buat juga ke kan? Pasti ramai yang tengah berIawan dengan eg0 diri sendiri sekarang ni. Sama macam Tilla!

“Jangan pernah rasa terIambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi itu kita ada peluang. Setuju sangat kan?” ujarnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan perubahan yang dilakukan Syatilla dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama seperti pelakon drama siri Sha & Shah itu.

Solat sunat Dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu Zuhur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *