Jehan Miskin Bergelar Bapa, Isteri Selamat BersaIin Bayi Lelaki – “Welcome To Planet Earth My Son.”

Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang kini bergelar bapa apabila isteri tercinta, Julie Camelia Rhee telah pun selamat bersaIin bayi lelaki.

Berita gembira itu dimaklumkan Jehan menerusi posting di akaun Instagram Jehan pada Ahad, sekali gus berkongsi nama permata hatinya.

“Welcome to Planet Earth my son, Axel Nova Rhee Bin Jehan, first of my name.

“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #babyaxelnova, #rojakbabyboy, #babydaddyjay dan #20022021.

Lalu, hantaran berkenaan turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis dan pengikutnya.

Terdahulu, Jehan dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan Jehan sebelum ini pernah berkongsi mengenai kehamiIan isterinya selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *