Dr Erin Akui Terima Mas Kahwin RM10,000 Walaupun Janda Anak 5

Baru-baru ini, perkongsian bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr. Erin menjadi perhatian apabila memaklumkan ada seorang netizen bertanyakan kepadanya mengenai nilai mas kahwin seorang wanita bergelar janda.

Menjawab pertanyaan netizen itu, Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi mended4hkan pernah menerima mas kahwin RM10,000 ketika bergelar janda anak lima.

“Mas kahwin RM100,000 pun tak apa janji abang mampu. Jangan takvt bagi duit kat bini sebab bila abang susah, bini juga tolong cover abang balik nanti. Silap hari bulan bini cover abang lebih dari abang bagi tu.

“Akak dulu janda anak 5 pun mas kahwin akak RM10,000 juga hantaran lain kira, so fikir-fikirkan,” katanya.

Dalam pada itu, Erin turut memerIi sikap segelintir individu yang memandang serorang terhadap status wanita yang bergelar janda. Ujarnya, tidak semua ‘barang terpakai’ jatvh nilai.

“Yang janda dah tentu janda dari anak dara tapi dah ‘janda’. Satu lagi yang lelaki pun dok sibuk anak dara la apa la. Nak tanya cik abang tu teruna lagi ke? Tak semua ‘barang terpakai’ jatvh nilai. Macam rumah lagi lama lagi mahal,” tulisnya.

Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu bercera1 pada April tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.