Imam Muda Asyraf derma 600 helai pakaian sekolah

Terpanggil untuk membantu meringgankan beb4n ibu bapa dalam menyediakan persiapan anak-anak kembali ke sekolah, pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf bersama sahabatnya mendermakan 600 helai uniform sekolah baju Melayu berwarna putih kepada mereka yang memerlukan.

Asyraf yang juga seorang ahli perniagaan berkata, uniform sekolah tersebut sepatutnya diagihkan sejak tahun lalu, bagaimanapun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara, perancangan berkenaan ditangguhkan sehingga tahun ini.

“Sebenarnya baju Melayu putih tersebut merupakan derma seorang hamba Allah dari Johor dan sahabat-sahabat saya.

“Cuma saya mohon maaf, apabila kerajaan mengumumkan sekolah akan dibuka semula, keadaan agak kelam-kabut. Jadi hanya baju Melayu putih yang sempat dibeli untuk diedarkan,” kata Asyraf ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Asyraf, 37, pihaknya telah menyediakan senarai nama penerima dan kebiasaannya akan mengedarkan sendiri bantuan tersebut.

Namun, pada tahun ini disebabkan kekangan waktu, pihaknya hanya mampu mengedarkan pakaian sekolah tersebut menerusi butiknya, Aisy Asyraf yang terletak di Bangi Sentral, Selangor dan Bertam, Pulau Pinang.

“Terdapat 300 helai baju Melayu di Bangi dan 300 helai di Bertam bersaiz 28 sehingga 38. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan boleh datang ke butik saya pada pukul 3 petang hingga 5 petang di Bangi dan Bertam untuk mengambil baju Melayu buat anak masing-masing.

“Sepatutnya pihak saya turun padang menghantar sendiri bantuan kerana keluarga asnaf biasanya mereka mempunyai kek4ngan daripada segi kos untuk keluar rumah. Oleh sebab itu, saya mohon maaf, hanya ini yang termampu,” ujar Asyraf.

Semalam, Asyraf memuat naik sebuah video dalam Instagramnya memohon orang ramai yang memerlukan bantuan pakaian sekolah baju Melayu putih untuk datang ke butiknya.

Dalam pada itu, sama seperti peniaga lain, Asyraf turut terkes4n kerana pandem1k C0vid-19.

Sungguhpun begitu, Asyraf bersyukur ruang rezeki dalam bidang lain masih berjalan seperti biasa.

“Adat orang berniaga, saya juga ada tanggungan seperti gaji pekerja, kos sewa kedai dan lain-lain. Cuma saya bersyukur kerana kerja lain seperti kuliah secara dalam talian masih berjalan. Suka atau tidak, kita semua terp4ksa menyesuaikan diri dengan norma baharu,” tuturnya.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara akan mula bersekolah pada 1 Mac, sementara murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam akan hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosm0 Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.