Tak sangka Ayu Damit sanggup berhabis RM10,000 sebulan demi nak cantik – “Biarlah kulit ‘tan’ macam ni, tak mahu ubah jadi rupa lain!”

BAGI mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuh, penyanyi Ayu Damit berkata dia tidak kedekvt mengeluarkan belanja besar untuk tujuan tersebut.

Menurut Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 32, dia memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan… selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terded4h dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.

“Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdulillah.

“Kalau nak tahu saya takvt jarvm, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berb4haya,” katanya.

Ayu bersama suami tercinta, Syed Fauzi Syed Baharuddin.

Sementara itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh ini berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita yang lain.

Sebaliknya ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat tanpa sebarang masalah.

“Saya buat raw4tan wajah di kl1nik pun sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa… itu pun saya dapatkan kebenaran suami terlebih dahulu.

“Nak cucvk atau svntik muka pun saya tak berani sangat, sekadar buat raw4tan supaya kulit bersih sahaja. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan… saya tak nak kulit putih.

“Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif,” ujarnya.

Selain menyanyi, Ayu dan suami usahakan tanaman cili dan sayur-sayuran di ladang mereka terletak di Hulu Langat, Selangor.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Ayu baru sahaja muncul dengan lagu baharu berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.

“Lagu ini dirakam ketika saya masih lagi terlibat dengan konsert mingguan GV7. Saya sebenarnya cukup tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.

“Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana.

“Syarikat rakaman dan saya dah rancang jalan cerita tapi buat masa sekarang tak boleh buat penggambaran video muzik sebab terikat dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi, kami akan keluar video lirik dulu,” katanya.

Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.

Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video lirik boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.