Lisa Surihani HamiI Anak Ketiga

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang bakal menimang cahaya mata ketiga mereka.

Sebelum ini timbul spekuIasi isterinya dikatakan berbadan dua dan akhirnya berita gembira itu dimaklumkan oleh Yusry menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

Meluahkan rasa syukur di atas rezeki terindah itu, Yusry berkata mereka enggan menyembunyikan perkara itu kerana lambat laun akan diketahui ramai juga.

“Selepas ‘upload’ gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa pihak yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandvng. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini tak perlu untuk pengumuman, lambat laun orang akan tahu juga.

“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat,” luahnya.

Dalam pada itu, Yusry turut mendoakan agar pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zur1at dipermudahkan urusan mereka dan doa mereka dimakbulkan Allah.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 4 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.