Altimet sumbang van buat ambuIans bantu golongan tak mampu

BAGI membantu golongan tidak berkemampuan, penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet terpanggil bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre menyediakan sebuah ambulans.

Menurut Altimet, dia sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubah suai manakala pihak One Nation Centre akan menanggung kos pengubahsuaian dan peralatan canggih untuk keperluan pervbatan dalam ambuIans dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

“Jariah AmbuIans One Nation X Altimet. Untuk membuat sebuah ambuIans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai van saja menelan belanja hampir enam angka.

“Tidak termasuk harga van yang sudah tentu meneIan belanja hampir RM200,000. Minggu lalu saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubah suai oleh One Nation menjadi sebuah ambuIans.

“Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet. Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan pervbatan dalam ambuIans,” kongsinya.

Penyanyi lagu Duit ini juga memuat naik video dia memandu van tersebut di Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia Altimet serta One Nation Centre dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Altimet berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menderma dan menganggap sumbangan yang diberikan mampu menyelamatkan ny4wa orang lain.

Selain itu, Atimet juga memberitahu mereka masih memerlukan sumbangan orang ramai sekitar RM35,000 untuk menjayakan misi murni tersebut.

“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambuIans. Sumbangan anda mampu menyeIamatkan ny4wa mereka.

“Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afin yang benar-benar memerlukan. Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *