“Alhamdulillah 7 Bulan Dah,” – Sedondon Baju Putih Dengan Suami, Ain Edruce Kongsi Perkembangan KehamiIan Anak Sulung

Pelakon dan hos, Ain Edruce memuat naik beberapa foto terkininya yang dirakam bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, di Instagram.

Menerusi perkongsian foto bermakna hasil bidikan lensa Fillea Studio itu, bintang berusia 29 tahun itu turut menyatakan usia keham1lannya kini susah pun memasuki bulan ketujuh.

“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah.

“Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang em02 mirul je tah4n. Hahaha. Love you daddy.

“Thank you @fillea_studio sbb sudi amik gamba kiteorg. Tunang pun dia, sampai mengandvng pun dia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dia dan suami kelihatan romantis sambil mengenakan persalinan putih sedondon.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut menitipkan ucapan istimewa buat pasangan terbabit.

Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2019.

Foto: Instagram Ain Edruce

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *