Kedai makan ‘ditutup’, Zara Zya cari lokasi baru

Pelakon Zara Zya, 36, bercadang mencari lokasi perniagaan baharu untuk meneruskan perniagaan kedai makannya yang dikenali Zara Zya Cooks.

Menurut pelakon itu, buat masa sekarang perniagaan kedai makannya dilokasi di Setia Alam ditutup buat sementara waktu sejak sebulan lalu.

“Memang ada juga yang bertanya kenapa kedai ditutup, tapi saya merancang nak mencari tapak perniagaan baharu yang lain di tempat lebih selesa dan selamat.

“Tak dinaf1kan, ada juga dengar luahan pelanggan terutama peminat yang datang dari jauh tanya kenapa kedai asyik tutup dan mereka tak nampak pun lokasinya di mana.

“Suatu ketika, pekerja saya sendiri yang berada di hadapan kedai ditanya oleh seorang penghantar makanan di mana Zara Zya Cooks, pada hal dia dah ada pun dekat depan kedai saya,” katanya.

Mengulas juga mengenai kaitan kedainya ‘dis1hir’, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu.

“Saya tak berani nak cakap sebab tak pasti mengenainya. Cuma, kalau pelanggan kata kedai saya tak nampak itu memang ya. Jadi, kini saya akan usaha nak bagi menampakkannya di tempat yang baru.

“Apapun, saya sentiasa percaya pada qada dan qadar Allah. Insha-Allah nanti ada rezeki saya akan buka di tempat baru pula,” katanya.

Semakin sibuk di lokasi penggambaran drama dibintangi, Zara berkata sekarang dia juga aktif membuat kek dan turut mengambil tempahan pelanggan.

Mengulas juga dirinya yang dilihat semakin jarang terpal1t g0sip sejak berhijab, Zara berkata dia sangat bersyukur dan akan memastikan semoga terus terh1ndar daripada sebarang kisah sensas1.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *