Mawar Rashid ‘angkut’ anak ke set penggambaran, tak sanggup berjauhan

SELEPAS hampir dua tahun berehat daripada dunia lakonan demi memberi fokus kepada perniagaan, pelakon Mawar Rashid bakal kembali ke set penggambaran sebuah telefilem bermula Khamis ini.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat aks1 lakonannya.

Menganggap rezeki dan satu peluang kembali aktif, pelakon berusia 26 memberitahu dia tidak sabar untuk bekerja di bawah arahan pengarah terkenal Osman Ali.

Mawar tervja dapat peluang bekerja dengan pengarah Osman Ali.

“Kali terakhir lakonan saya pada 2019 menerusi drama TQ Captain. Hampir dua tahun juga, saya tak muncul dalam mana-mana drama atau filem sebab ambil masa untuk berehat dan fokus pada perniagaan.

“Ramai juga peminat yang asyik mesej di laman sosial kata rindu nak tengok lakonan saya. Sejujurnya, saya sendiri pun rindu nak berlakon. Alhamdulillah… saya dapat tawaran untuk berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali.

“Rezeki dan satu peluang untuk saya bekerja di bawah arahan Osman Ali. Insya-Allah, bermula Khamis saya akan mula masuk set penggambaran,” kata Mawar.

Sebelum ini, Mawar memberi bayangan dia bakal kembali berlakon dengan memuat naik video di Instagram memperlihatkan sedang membeli pakaian baharu untuk digayakan dalam sebuah telemovie.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini mengakui dia berasa bimbang untuk bekerja di saat pandem1k C0vid-19 namun perasaan tersebut juga membuatkan dirinya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kata isteri kepada aktor Raf Yaakob ini, dua orang anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta akan mengikutnya ke set penggambaran di Terengganu selama lapan hari.

“Ikutkan hati, memang rasa b1mbang nak kerja dalam keadaan pandem1k C0vid-19. Tapi bagi saya perasaan t4kut itu la yang membuatkan kita kena betul-betul ikut SOP yang ditetapkan.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

“Lagipun saya memang sentiasa memastikan kebersihan dan semua benda akan sanitize. Memandangkan saya akan jalani penggambaran selama lapan hari di Terengganu, anak-anak akan ikut sekali.

“Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta. Lagipun anak kedua saya ini pun masih menyvsu. Saya akan bawa penjaga mereka juga membantu. Kemungkinan Raf tak dapat ikut sebab nak jaga dua orang anak di KL,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.