
Umum mengetahui bahawa pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bergelar ibu dan bapa pada 5 Januari 2021.
Namun sejak itu, mereka belum mend3dahkan wajah dan nama bayi lelaki mereka.
Pada 5 Mac 2021, pasangan itu masing-masing membuat hantaran di Instagram mereka.
Melalui hantaran di Instagram Zahirah, wajah putera mereka sudah dipamerkan setelah genap 2 bulan usianya.
Memperkenalkan nama putera tersebut sebagai Isaac Raees, ia sesuai dengan wajah comelnya.
Pasangan tersebut juga sudah membuka akaun Instagram untuk Isaac.
Mengintai ke akaun tersebut, dapat dilihat satu perkongsian video bayi itu ketika baru dilahirkan.
View this post on Instagram
Setakat jam 3 petang, Isaac telah berjaya meraih lebih 10,000 pengikut, walaupun akaun Instagram itu baru diperkenalkan selama setengah jam.
Wow, popular betul Isaac!
Nampaknya, ramai yang ternanti-nanti akan perkembangan Isaac.
Apapun yang penting, semoga putera ini membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson dan Isaac Raees
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : hotfm