Cincin ‘saja-saja’ di jari manis Kilafairy?

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Kilafairy men4fikan dirinya sudah dilamar oleh kekasihnya Sa’aid Umar Aiman.

Menerusi program Melodi hari ini, Kilafairy, 28, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis bertujuan sekadar suka-suka.

“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah,” katanya. 

Menurut Kilafairy, dia serivs menjalin hubungan dengan jejaka itu.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya ser4hkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa seg4n nak cakap.

“Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti,” katanya.

Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

“Tapi kami baru bercinta setahun lebih. Kalau ada jodoh, insyaAllah,” katanya yang kini menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mymetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *