Rider Tolong Lipat Kotak Makanan Sambil Tunggu Pesanan Buat Ramai Terharu

Berbuat baik sesama manusia pasti akhirnya akan memberikan kebaikan pada kita juga tanpa disedari. Macam yang dirakamkan di Indonesia ini, seorang rider atau penghantar makanan dilihat membantu pekerja di sebuah kafe dengan melipat kotak makanan untuk pelanggan.

Walaupun sebenarnya dia tidak perlu pun menghulurkan bantuan itu, lelaki di pertengahan usia itu duduk melipat kotak-kotak makanan sambil menunggu pesanan pelanggannya siap. Video tersebut yang dikongsikan di Tik Tok itu menerima hampir 400,000 tontonan setakat ini.

@agnesdelaaa

Selagi nunggu pesenan , bantuin ngelipetin box 🥺 , berkah terus ya pak ❤️ ##VideoSnapChallenge ##SelebizzaSearch ##GENITonResso ##fypgakni

♬ original sound – Hanjizoessoulmate

Di dalam video itu, seorang lelaki yang merupakan penghantar makanan dilihat duduk di meja yang mempunyai timbunan kotak-kotak makanan untuk dilipat. Menurut perakam video ini, lelaki tersebut mengh4biskan masa selama 10-15 minit dengan melipat kotak-kotak makanan itu. Ketika ditanya meng4pa lelaki itu melakukannya, ini jawapan perakam itu.

“Secara kebetulan, semua pekerja tengah sibvk dengan tugas masing-masing. Dan ada kemvngkinan kotak yang belum dilipat yang ada di atas meja itu diletakkan di sana untuk pekerja buat semasa dia lapang nanti.”

Sambil-sambil lelaki itu menunggu pesanannya yang belum siap, lelaki itu menghulurkan bantuan walaupun tanpa diminta. Bukan hanya dia sahaja, seorang lagi rider lelaki yang tiba kemudiannya turut sama-sama membantu melipat kotak makanan tersebut.rider

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan lelaki ini membantu dalam diam. Walaupun dia boleh saja menunggu tanpa perlu bersus4h p4yah, sedikit sebanyak usahanya ini meringankan beban pekerja lain. Kebanyakan netizen turut mendoakan lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan dilindungi selalu.

“Moga sihat selalu untuk pak cik ni. Selalu dimudahkan pintu rezekinya, selalu dipermudahkan segala urusannya, selalu dalam lindungan Allah SWT.”

rider

“Semoga bapak sihat selalu dan rezeki yang semakin mengalir ya pak.”

lelaki

“Sihat terus pak semoga rezekinya bertambah lancar. Terima kasih sudah menjadi orang yang terbaik.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *