Pelajar Sekolah Carut Guru Tampil Mohon Maaf dan Mengaku Salah

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar beberapa orang pelajar dilihat mencarvt guru mereka dengan menc0nteng belakang baju sekolah dengan tulisan ‘F*ck’ atau ‘F*ck Cikgu’ berserta lukisan jari tengah.

Susulan itu, gambar tersebut telah mendapat kec4man hebat sehinggakan ada di kalangan netizen mula mencari siapakah penunggang atau pemilik kepada motosikal tersebut yang ternyata sangat bi4dap dengan guru mereka.

Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah di Kota Bharu semalam telah tampil memohon maaf dan mengaku bers4lah atas perbuatan itu, lapor Harian Metro.

Dia juga berasa bers4lah kerana tindakannya pemilik motosikal juga terjej4s sehingga ada netizen memuat naik gambar lelaki terbabit dan menganggap lelaki tersebutlah yang melakukan perbuatan biad4p berkenaan. Aduhai…. 

Saya meng4ku s4lah secara terbuka atas kes4lahan saya yang menulis perkataan menc4rut guru di belakang baju sekolah.

“Motosikal yang saya tunggang juga bukan motosikal saya, pemilik motosikal adalah kawan kepada abang saya. Pemilik motosikal tidak bers4lah, yang bers4lah adalah saya.

“Pemilik motosikal juga bekerja di luar Kelantan. Sekali lagi saya memohon maaf dan meminta semua pihak tidak menyebarkan gambar pemilik motosikal kerana dia tidak bers4lah,” kata pelajar itu.

 

Pemilik motosikal terkejut tiba-tiba jadi viral

Dalam pada itu, pemilik motosikal yang mahu dikenali sebagai Muhammad Afiq, 22, berkata, dia telah meningg4lkan motosikal miliknya di kampung untuk kegunaan adik-adiknya.

Afiq yang bertugas di luar Kelantan ini walau bagaimanapun terkejut apabila mengetahui motosikal miliknya tular dan mendapat tahu pelajar yang tunggang motosikal tersebut adalah kawan kepada adiknya.

“Saya sudah berusia 22 tahun dan sudah lima tahun meninggalkan alam persekolahan. Ramai yang keliru mengatakan saya yang menunggang motosikal berkenaan sehingga gambar saya turut tular di Facebook.

“Saya dimaklumkan oleh adik, kawannya mahu meminjam motosikal untuk ke sekolah kerana motosikalnya ros4k. Jadi atas belas kasihan, adik saya beri motosikal berkenaan.

“Cuma agak terkejvt apabila tular dengan tulisan menghin4 guru di baju sekolahnya. Apapun saya mohon supaya orang ramai memad4m gambar saya,” katanya yang juga membuat laporan polis.

Aduh tak memasal ye orang yang tak ada kena mengena pulak yang dikec4m. Harap pelajar tu tak ulangi perbuatannya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobakmerah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.