Wanita mengadu seluar yang dibeli online buat fikirannya terganggu

Membeli-belah dalam talian boleh menjadi sesuatu yang sangat berisiko kerana kita tidak dapat memastikan bahawa pesanan yang diterima akan sama dengan produk yang diiklankan.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini, dia mendakwa mengalami ‘gangguan mental’ selama tiga hari selepas menerima seluar yang dibelinya dari sebuah jenama terkenal.

Wanita yang bernama Ash itu membeli sepasang seluar kulit berwarna putih pada harga £8 (RM45) secara online dan tidak sabar-sabar untuk memakainya.

Tetapi hasilnya membuat dia kecewa apabila dia bertanya kepada syarikat itu adakah seluar itu dimodelkan oleh gergasi selepas mencubanya.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di Twitter, wanita itu membuat pesanan kepada syarikat Nasty Gal selepas mengakui 3 hari fikirannya terganggu dan dia akhirnya bersedia untuk mengadu tentang seluar yang dibeli online itu.

Dia kemudian berundur dari kamera dan menunjukkan rupanya memakai seluar berkenaan sambil tertanya-tanya bentuk badan bagaimana yang sesuai dengan potongan pelik seluar itu.

Sambil memegang seluar berkenaan di pinggang, wanita itu berpusing 180 darjah untuk menunjukkan rupa seluar berkenaan dari setiap sudut yang ternyata kelihatan sangat lucu.

Wanita itu kemudian bertanya di planet manakah seluar itu kelihatan cantik dan adakah syarikat tersebut sengaja membuat lawak.

Perkongsian wanita tersebut membuat ramai yang simpati di samping geli hati dengan pengalaman yang dilaluinya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.