“Seri Ibu Mengandung Ke Tu?,” – Penonton MLS2 Perhati Elly Mazlein Asyik Pegang Perut, Buat Ramai Berteka-Teki

 

Selepas lapan minggu, program Muzikal Lawak Superstar 2 kini kembali menerusi saingan minggu kelima yang menyaksikan tiada peny1ngkiran diumumkan terhadap kesemua peserta yang masih kekal dalam saingan.

Kekal mencvri perhatian menerusi persembahan lawak yang dipersembahkan, tumpuan penonton turut diberikan terhadap hos rancangan berkenaan, Elly Mazlein.

Selepas beberapa minggu tidak membuat kemunculan secara langsung di kaca televisyen, peminat mend4kwa penampilan Elly atau selesa disapa Kak Lina tampak berbeza hingga ada yang memberikan bayangan dia kini mungkin sedang berbadan dua.

Malah ada peminat yang mulai membuat teka-teki sedemikian apabila penyanyi Dusta Cinta itu did4kwa kerap mengusap perutnya ketika mengacarakan program lawak tersebut di samping rakan pengacara, Nabil Ahmad.

Bayangan tersebut ditinggalkan peminat menerusi salah satu posting yang dikongsi Elly di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

“Perasan Kak Lina semalam asyik pegang perut je. Erm…ada baby erk,” tanya seorang warganet.

“Baby bump comel je kak Lina. Semoga saya pun dapat rezeki zuriat ameen,” doa seorang wargamaya pula.

“Berseri ibu mengandung ke tuhh. Aaaa gituuu,” usik seorang wargamaya lain.

Bagaimanapun, tuan punya badan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap respon yang diberikan.

Dalam perkembangan lain, bintang berusia 40 tahun itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran permata hatinya, Putri Sara Sefhia yang kelima.

Elly mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2019 lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buatnya.

Apa pun, MH mendokan yang baik-baik sahaja buat Elly Mazlein seisi keluarga.

Foto: YouTube MLS 2, Instagram Elly Mazlein

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.