Zizi Kirana Tak Kisah Jumpa Jodoh Melalui Taaruf

Usianya kini sudah mencecah 36 tahun, penyanyi Zizi Kirana mended4hkan ada menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.

Zizi berkata dia mula menerima pelawaan itu sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan mas4lah besar baginya.

“Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.

“Tidak din4fikan, ada risik0nya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kes4n kalau berkahwin nanti,” katanya.

Kata Zizi lagi, dia melihat taaruf masih diamalkan oleh ramai orang namun konsep tersebut dilihat agak asing bagi sesetengah masyarakat.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.

“Saya tidak men0lak bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan ‘dating’. Saya juga akvi saya tidak men0lak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.