Aishah Akui Sekat Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza, Ini Puncanya Buat Ramai Terkejvt

Baru-baru ini, penyanyi legenda, Aishah diberi tanggungjawab untuk membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal oleh Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu. Persembahannya telah mendapat pujian malah beliau juga dikatakan memberi saingan sengit kepada Ernie Zakri untuk Anugerah Vokal Terbaik pada malam itu. Namun, nama Aishah kembali menjadi bualan h4ngat warganet di Twitter apabila beliau dikatakan telah menyekat akaun Instagram TokTi.

Aishah bagaimanapun akui akan tindakannya itu dan menjelaskan bahawa ia berlaku dengan secara tidak sengaja.  Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu itu berkata, beliau tidak tahu bahawa akaun yang disekatnya itu adalah kepunyaan TokTi. Difahamkan kejadian itu bermula semasa sesi separuh akhir Muzik-Muzik 35 apabila dia telah menerima pelbagai kutukan dan kecaman daripada warganet di Instagram miliknya. Akibat tidak mahu komen negatif itu memakan dirinya, Aishah mengambil keputusan untuk menyekat semua akaun Instagram tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah kemudiannya menyedari kejadian itu apabila seorang pengikutnya memberi mesej di Instagram miliknya supaya tidak menyek4t akaun TokTi lagi dan barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya sudah tersalah dan sekat akaun Instagram TokTi tanpa sengaja. Aishah menambah, beliau rasakan kecuaiannya mungkin berpunca daripada kekeliruan yang dialaminya apabila terlalu ramai tag nama seakan “SITI” di komen dan akibat tidak tahan membaca krit1kan dan kec4man, Aishah terus menyek4t akaun yang ada di ruangan komen itu.

Aishah menegaskan beliau sudah tidak lagi menyek4t akaun Siti sejurus selepas beliau menyedari perkara berkenaan. Apapun, pada malam AJL35, Aishah telah membawa lagshu Aku Bidadari Syurgamu itu dengan sangat indah dan ia telah mendapat pujian pelantun asal lagu tersebut. Ia bukanlah satu lagu yang mudah, namun Aishah berjaya membawanya dengan cara tersendiri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Kosmo via koolfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *