“Ruhainies Dah Pregnant Ke? Tahniah..” Ditegvr Mengandung, Risteena Back up Kakaknya

Baru-baru pelakon Nur Risteena Munim telah selamat bergelar isteri kepada Isa Khan dalam majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Mac lalu. Namun, Risteena masih belum selesai berkongsi kenangan manisnya itu kepada peminatnya di Instagram dan telah membanjiri beberapa koleksi foto sekitar majlis perkahwinan untuk tatapan peminat dan pengikut.

Setiap gambar dikongsi dilihat Risteena dan Isa begitu bahagia dan gembira di hari perkahwinan mereka. Bagaimanapun, terdapat satu perkongsian gambar keluarga Risteena bersama ibu dan adik beradiknya di atas pelamin telah menarik perhatian warganet. Rata-ratanya memberi komen mengenai adik Risteena iaitu Ruhainies yang disangkakan sedang mengandung. gara-gara bahagian perutnya nampak seperti buncit.

Gara-gara bahagian perut Ruhaines dalam gambar tersebut dilihat seperti sedikit buncit, beberapa individu bertindak mempersoalkan keadaan perut Ruhainies yang seolah-olah kelihatan hamil sehingga si kakak terpaksa membalas respon terhadap mereka.

Jangan tanya soalan macam orang tak pergi sekolah

Sementara itu, ada juga yang sempat memberi ucapan tahniah bukan sahaja kepada Risteena yang baru melangsungkan perkahwinannya malah ucapan tahniah kepada Ruhainies kerana disangka mengandung. Namun, ada juga segelintir warganet mengatakan mungkin reka bentuk busana Ruhainies dan ‘angle’ kamera menjadi antara sebab Ruhainies kelihatan seperti buncit. Ada juga sempat memberikan komen bahawa ada sesetengah orang perempuan biasanya akan kembung perut ketika datang bulan.

Ruhainies bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen mengenai gambar tersebut dan mungkin ianya hanyalah perkara kecil buatnya. Tidak ada orang sempurna dan situasi Ruhainies ini pernah juga berlaku kepada orang ramai.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ruhainies tidak kisah kek hari jadi dipersenda

“Saya Dah Bersedia Nak Halalkan Risteena, Tapi..”- Isa Menangis Terpaksa Tunda Nikah

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.