Eina Azman Hadiahkan Pembantu Rumah Rantai Emas Sempena Hari Jadi

Sempena ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya, pelakon Datin Paduka Eina Azman menghadiahkan sekalung rantai emas sebagai tanda menghargai jasanya.

Menerusi entri itu, Eina turut menguucapkan terima kasih buat pembantu rumahnya bernama Mega itu yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

“Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat.

“Kamu nak rantai baru kan ni saya hadiahkan untuk kamu buat kali kedua sebab yang pertama tu dia gan4s sangat sampai terputus. Kami semua sayang kamu Mega,” katanya.

Difahamkan lagi, ia merupakan sambutan hari jadi terakhir buat wanita itu sebelum pulang ke kampung halamannya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji layanan baik Eina terhadap pemantu rumahnya.

Malah, ada yang berseloroh mahu bekerja dengan pelakon berkenaan apabila melihat Eina sentiasa melayan baik pembantu rumahnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.