Cadangan: ‘Rentas Negeri Dibenarkan Selepas Minggu Kedua Aidilfitri’

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mula dilaksanakan sejak 13 Januari lalu sudah pun ditukarkan statusnya kepada PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

Dan ini termasuklah cadangan supaya rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, Dr Adham Baba memaklumkan jika enam petunjuk di bawah dipenuhi maka rentas boleh dipertimbangkan:

  1. situasi kes positif harian
  2. kes sembuh dan discaj
  3. trend dan kadar kebolehjangkitan
  4. kadar jumlah kem4tian
  5. keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU)
  6. situasi semasa petugas kesihatan

Sumber: Utusan Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://odisi.my/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *