Muat Naik Video Menyanyi Busking, Suara Tiz Zaqyah Disamakan Seperti Agnes Monica!

Siapa sangka, selain memiliki rupa paras yang cantik dan pandai berlakon, pelakon berbakat besar iaitu Tiz Zaqyah juga pandai menyanyi!

Memiliki suara yang lunak dan serak-serak basah membuatkan ramai peminat Tiz mahu dirinya menceburi bidang nyanyian.

Terbaharu, Tiz berkongsikan video di laman Instagram,  menyanyikan lagu dari kumpulan Iklim sehingga menarik perhatian ramai!

Menulis di ruangan kapsyen :

“Semalam punya cerita, geram pulak tengok mic tu. Walaupun suara masih tengah recover. 😭 kau degil Tizzy. Sampai bila nak sihat suara tu. 😭 Tapi apapun had fun semalam at shoot ..untuk scene ni la 🤣 curi igstory kak @umieaida9 thank you tok wan! 😁 #covidohcovid #tizzydahberaninyanyisikitsikit”

Menurut Tiz, babak menyanyi itu sebenarnya adalah untuk penggambaran sebuah drama berjudul Covid Oh Covid, disebabkan geram sudah lama tak menyanyi, Tiz pun apa lagi tak lepas peluang lah!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji kesedapan suara Tiz, sehingga ada yang menyamakan suaranya seperti Agnes Monica. Wow

Wahhh boleh lah ni Tiz cuba nasib pula dalam dunia nyanyian kan!

Jom kita imbas kembali momen-momen dan video nyanyian Tiz yang pernah tular dahulu semasa Tiz di konti Hot FM :

 

Sumber : Instagram Tiz Zaqyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *