Polis Siasat Pasangan Selebriti Did4kwa Honeymoon Di Sabah

Baru-baru ini h4ngat iperkatakan pasangan selebriti yang baru berkahwin did4kwa merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah. Berikutan itu pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak pada 20 Mac lalu.

“Pemohon itu ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat dan berdasarkan dokumen itu pihak polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini. “Bagaimanapun, gambar lelaki itu bersama isterinya berusia 31 tahun tular di media sosial semalam,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.

Terdahulu, gambar seorang pelakon wanita bersama suaminya di Sabah yang dimuat naik di media sosial mengundang kec4man apabila mereka didakwa merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu, baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *