Tak Berkira Dengan Keluarga, Elfira Loy Sanggup Habiskan Semua Duit

Sentiasa mengutamakan keluarga, pelakon Elfira Loy berkata dia sanggup menghabiskan semua duitnya sekiranya ada ahli keluarga dit!mpa kesusahan.

Menurut Elfira, dia percaya bahawa rezeki yang dimilikinya hari ini bukan miliknya sahaja tetapi untuk dikongsi bersama.

“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada Rm100, El bagi 100 semua kat diorang. El lagi sangup tak ada duit dari tengok orang lain tak ada duit.

“Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Sampai sekarang saya masih percaya apa sahaja yang saya ada bukan milik saya tapi semua orang. Bila-bila je boleh hilang,” katanya.

Memuat naik perkongsian itu di Instagram, Elfira turut berkongsi video sambutan hari lahirnya yang ke-27 baru-baru ini.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu yang sentiasa mengutamakan keluarga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.