Cikgu nikah dengan anak murid sendiri, kenal ‘time’ suami tingkatan 3, tak sangka jarak umur mereka

Aj4l, rezeki dan jodoh sememangnya perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T. Antara yang kerap menjadi penantian setiap manusia adalah waktu diberikan jodoh yang tepat bagi melayari kehidupan sebagai suami isteri hingga ke akhir hayat.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan seorang model dan guru apabila bertemu jodoh dengan anak muridnya sendiri pada tahun lalu.

Menerusi akaun TikTok @izzaerma, dia memaklumkan mereka berkenalan ketika suaminya di tingkatan tiga dan dia sudah pun bergelar guru. Namun ketika itu hubungan mereka sekadar guru dan anak murid sahaja.

Izza Erma, 36 telah memuat naik video bersama suaminya yang berusia 25 tahun namun kelihatan sebaya kerana masing-masing bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 setelah satu tahun berkenalan dengan lebih rapat.

Walaupun berbeza usia lebih dari 10 tahun, namun apa yang menarik perhatian warganet adalah disebabkan suaminya adalah anak murid di sekolah yang sama tempat wanita itu mengajar satu ketika dahulu.

Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat di akaun TikTok tersebut, rata-rata warganet telah menitipkan ucapan tahniah ke atas perkahwinan mereka yang memasuki usia 3 bulan.

Warganet juga sempat berseloroh dengan mengatakan jodoh mereka berkemungkinan juga masih bersekolah melihat daripada jarak usia seperti pasangan romantik itu.

Sumber OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.two.e-kesah.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *