Ernie Zakri, Syamel Nikah Esok?

Sebentar tadi, penyanyi Ernie Zakri memuat naik video teaser seakan memaparkan ‘pre-wedding’ sekaligus memberi bayangan majlis pernikahannya bersama Syamel akan berlangsung dalam masa terdekat.

Lebih menjadi tanda-tanya, video tersebut turut memaparkan tarikh ’26 Mac 2021′ sekaligus menguatkan lagi dakwaan sebelum ini pasangan itu berkemungkinan disatukan pada tarikh tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen perkognsian, turut meletakkan tanda pagar #GoodbyeHelloBMKN (BM: BangMel, KN: KakNinie). Difahamkan, video penuh akan disiarkan menerusi saluran YouTube mereka jam 9.30 malam ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan majlis pernikahan mereka serta mendoakan segala urusan dipermudahkan.

Terdahulu, Ernie berkata dia merancang untuk melangsungkan pernikahan sebaik sahaja AJL35 berakhir.  Pasangan itu berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini serta mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *