Hargai Jasa Isteri, Aeril Zafrel Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Wawa Zainal

Seronok rasanya bila dapat hadiah daripada yang tersayang kan, lagi-lagi kalau dapat hadiah kereta mewah yang tak disangka-sangka!

Pelakon dan usahawan yang turut dikenali sebagai Mr. President TikTok iaitu Aeril Zafrel baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk isterinya yang tersayang iaitu Wawa Zainal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril dilihat telah membuat kejutan buat Wawa sekali gus menghadiahkan kereta tersebut sebagai tanda penghargaan atas usaha isterinya itu sepanjang mereka berumah tangga dan membangunkan perniagaan.

Para pengikut mereka turut tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang terkenal dengan video sweet setiap masa itu.

Sebelum ini sekitar tahun 2018, Wawa turut pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya itu dan kini mungkin giliran Aeril pula membalas hadiah tersebut.

Seronoknya tengok Aeril dan Wawa ni, saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan bertolak ansur dalam hubungan.

Okay lepasni nak hadiahkan apa pula?

Sumber foto dan video: Instagram Aeril Zafrel

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.