Did4kwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa bersama Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Pasangan itu telah sah menjadi pasangan suami isteri tepat jam 11:45 pagi dengan hanya sekali lafaz.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya namun, ada pula sesuatu yang tidak kena. Majlis berkenaan dikatakan telah melanggar SOP perkahwinan seperti mana disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

 

Memetik laporan Harian Metro, setelah menerima aduan dan laporan ramai pihak, polis telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran majlis pernikahan itu. Pihak polis bagaimanapun akan memanggil penganjur majlis berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan pematuhan SOP.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Penceg4han Dan Pengawalan Peny4kit Berjangkit 1988 (Akta 342) setelah menerima aduan apabila didapati kehadiran tetamu didakwa melangg4r SOP.

Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *