Neelofa Sedia Timang Cahaya Mata Dalam Masa Terdekat

Hampir seminggu berteka-teki, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu.

Dalam majlis serba indah bertemakan Jabal Rahmah yang sering dikaitkan percantuman dua jiwa, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.

Apabila sudah berumah tangga, pasti akan muncul soalan mengenai zuriat. Neelofa berkata dia segalanya kepada aturan Allah, namun sedia jika diberikan rezeki dalam masa terdekat.

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.