Neelofa Hantar Pembantu Peribadi Ke IPD Dang Wangi

Meskipun sudah empat hari berlalu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, hari ini pengurus majlis pernikahan pasangan tersebut hadir bagi membantu siasatan majlis pernikahan Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam pada itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin turut hadir pada jam 11.40 pagi tadi.

Bagaimanapun tidak kelihatan kelibat ahli keluarga Neelofa. Semalam, media melaporkan polis memanggil keluarga Neelofa untuk memberi keterangan berhubung pematuhan SOP pada majlis pernikahan Sabtu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *