Serba Mewah, 5,000 Kristal Swarovski Penuhi Busana Nikah Neelofa

Meskipun sudah empat hari bergelar suami isteri, majlis pernikahan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz masih lagi menjadi bualan ramai.

Selain dekorasi hiasan bunga segar dan pelamin berkonsepkan Jabal Rahmah, persalinan Neelofa turut mencuri tumpuan ramai.

Menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal Alia Bastamam, busana nikah Neelofa itu berkonsepkan ‘Greek Goddess’ selain ‘veil’ yang diinspirasi daripada gaya ‘Arabian hooded’.

Alia berkata, dia menggunakan lapan meter ‘French lace’ hasil gabungan daripada tiga jenis corak berbeza untuk mencantikkan lagi hasil sentuhan magisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alia Bastamam (@alia6astamam)

Lebih tampak mewah tampak eksklusif dan mewah, sebanyak 5,000 kristal kecil Swarovski digunakan yang dipadankan dengan tassels daripada burung bulu unta. Bagi melengkapkan penampilan, Neelofa mengenakan hijab daripada kain jenis ‘chiffon’ sutera.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkahwin dengan pendakwah bebas PU Riz di sebuah hotel terkemuka, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.