June 30, 2022

“Ezza Sentiasa Setia Berada Di Sisi Saya”

Kemesraan Remy dan Ezza sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa kedua mereka sudah kembali bersama. Bagaimanapun, Remy mengakui dia masih solo dan belum mempunyai pengganti. “Saya masih lagi solo.
 
Walaupun kami dah putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang. “Tak semestinya kami dah putus tunang, hubungan pun terus putus. Saya tak berani nak cakap pasal benda ni takvt kalau tersalah cakap akan melukakan hati pihak di sebelah sana,” katanya.
 
Mengakui sudah sampau masanya untuk dia mendirikan rumah tangga, bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tidak mahu terburu-buru. “Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dah macam ini bila balik rumah rasa sunyi.
 
Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, adalah. Saya pun selesa dengan dia sebab dia seorang yang penyabar dan memahami saya.
 
“Satu yang saya respect dengan Ezza dia sentiasa ada di sisi saya, ada ketikanya saya juga pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam hidup dan dia antara individu yang sentiasa  setia berada di samping saya,” katanya.
 
Dalam pada itu, Remy berkata dia tidak akan merahsiakan kepada pihak media dan peminat jika sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. “Jangan risau saya akan beritahu kepada semua jika saya kahwin nanti, saya tidak akan berahsia,” katanya. Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum memutvskan hubungan pada 2019.
 

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga DiFacebook. Sumber: https://www.rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.