Netizen B0ngkar PA Neelofa & PA Chatime Adik-Beradik?

Hari ini segala sp3kulasi terjawab apabila pihak polis mengesahkan Neelofa dan PU Riz ke Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Malah, Chatime juga turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja bersama. Bagaimanapun, netizen seolah tidak berpvas hati sehingga melakukan siasatan.

Tular di Twitter apabila seorang pengguna mendakwa pembantu peribadi Neelofa dan Chatime merupakan adik beradik.

Menerusi perkongsian itu, turut disertakan profil kedua mereka dimana nama bapa kedua-kedua pembantu peribadi ini adalah sama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada nama bapa kebetulan sama atau sebeliknya. Apa-apa pun kita nantikan sahaja pengesahan daripada pihak berkenaan.

Sebelum ini, Chatime ada mengeluarkan kenyataan bahawa Neelofa dan PU Riz rentas negeri atas pembukaan cawangan baru di 3 lokasi iaitu Sungai Petani, Kangar dan juga Langkawi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.rotikaya.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *