Uqasha Senrose, Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi

Dijangka bakal bernikah pertengahan tahun ini, pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi.

Masih merahsiakan tarikh pernikahan mereka, Kamal dan Uqasha hanya mendedahkan hari bahagia mereka itu nanti bakal diadaakn di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.”

“Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.”

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata mereka.

Teruja menantikan hari bahagia mereka, Kamal berkata dia masih kini mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *