Anak Baru 8 Bulan, Peminat Minta Fasha Sandha Beranak Lagi

Melihatkan wajah comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aizi iaitu Aisha Amaira, peminat meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

Tampil membalas komen peminatnya di Instagram, Fasha bagaimanapun masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata lagi dalam masa terdekat memandangkan Aisha masih kecil lagi.

Namun, Fasha berkata dia tidak menolak jika dikurniakan rezeki dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.

“Alamal! InsyaAllah tapi belum masa lagi sis. Aisha masih kecil, kasihan dia. InsyaAllah lagi dua tiha tahun,” katanya.

 

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli 7, dan Putri Raysha Jemyma kini berusia 5 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *