“Saya Janji Tak Akan Cur4ng Lagi”

Menyesal dengan setiap perbuatannya sebelum ini, pelawak Shuk Sahar berjanji tidak akan berlaku cur4ng lagi terhadap isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.

Shuk berkata disebabkan kecurangannya itu, bukan sahaja dia dikec4m malah turut kehilangan pvnca pendapatan serta keruntuhan rumah tangga.

“Ya, sudah tentu saya memang tak akan cur4ng lagi. (Kerana cur4ng) saya jatuh terduduk, saya hilang gaji setahun dan semasa tu pulak baru berpindah rumah.

“Siapa sangka saya kehilangan kerja tiba-tiba sedangkan dalam fikiran saya kontrak akan tamat pada 2023,” katanya.

Menghargai semangat isterinya yang mempertahankan rumah tangga mereka walau dilanda badai, Shuk berkata dia tidak mampu menjadi sekuat Rossalennah jika berada dalam situasi sama.

“Jika kena pada batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Allah SWT hanya akan uji seseorang itu mengikut kemampuannya,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya apabila isterinya mendedahkan pelawak itu berlaku cur4ng buat kali kedua dengan wanita yang sama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *