“Haa Bercinta” – Netizen Terhibur Melihat Telatah Syamel Dan Ernie Tersipu Malu Kant0i ‘Berendut’

Sudah menjadi lumrah kita semua untuk mencari pasangan dan bercinta. Bila dah kahwin pula, semakin kuatlah cinta dan semakin keraplah kita ‘berdating’. Tentu anda juga ada kenangan manis bersama pasangan anda selepas selamat bergelar suami isteri. 

Dalam musim ramai artis melangsungkan perkahwinan, pasangan selebriti yang baru berkahwin ini, Syamel dan juga Ernie Zakri, terus mendapat perhatian wargamaya di media sosial dengan telatah mereka. Ramai yang merasakan mereka berdua antara pasangan selebriti yang secocok dan nampak manis bersama. 

Dalam perkongsian video ringkas yang dikongsikan di TikTok itu, wargamaya dapat melihat telatah Ernie dan Syamel yang seperti malu apabila mereka kantoi sedang ‘berendut’ di set pengambaran. Mungkin disebabkan masih lagi baru berkahwin, jadi Ernie kelihatan malu apabila diterjah semasa dia dan Syamel dengan berborak.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, ada juga wargamaya yang merasakan mereka kelihatan seperti kantoi bercinta di sekolah. Rata-rata wargamaya juga turut menyatakan pasangan ini kelihatan sweet dan comel. Tidak kurang juga yang rasa ingin berkahwin selepas melihat video mereka berdua ini. 

Apa-apa pun, semoga Syamel dan Ernie kekal bahagia dalam menyelusuri bahtera perkahwinan yang baru dibina. Bagi yang masih belum berkahwin, jangan selalu layan video sweet macam ni, nanti rasa nak kahwin cepat tu membuak-buak (Min bergurau je). 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *