Buat Ucapan Hari Jadi Untuk Diri Sendiri, Zizan Razak Nak Kahwin?

Zizan Razak ialah seorang selebriti tanah air yang sering diajukan soalan mengenai jodoh.

Bersempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-37 tahun pada 15 April 2021, pelakon dan pelawak tersebut telah memuat naik satu hantaran melalui Instagram beliau.

Zizan telah menulis ucapan hari jadi untuk dirinya sendiri pada ruangan caption.

“Assalamualaikum. Ucapan HAPPY BIRTHDAY BUAT MU MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmati mu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin.

#happybirthday #zizanrazak”

Beliau berharap agar terus mendapat kejayaan dan sentiasa menghiburkan orang ramai.

Selain memohon untuk kesejahteraan hidupnya, Zizan juga berharap dapat bertemu jodoh secepatnya.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan selebriti meninggalkan ucapan mereka buat Zizan.

Semoga tercapai hasrat Zizan untuk bertemu jodoh secepatnya.

 

Sumber: Instagram Zizan Razak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *