“Harap2 kahwin dengan Azira” Sharnaaz Ahmad Dah Jumpa Pengg4nti?

Meskipun bekas isterinya selamat melangsungkan perkahwinan bulan lalu, aktor Sharnaaz Ahmad tenang dan bahagia menjalani kehidupan bersama anak mereka Jebat Jayden.

Terbaru, timbul pula dakwaan mengatakan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hati.

Menerusi laman sembang Cari, sebuah paparan skrin InstaStory milik Sharnaaz dikongsi memaparkan aktor drama Cinta Bukan Kristal itu bergambar mesra bersama aktres Azira Shafinaz.

Papa Jebat dah jumpa pengganti?

Berdasarkan gambar di InstaStory tersebut, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira yang juga ahli kumpulan DeFam, disertakan emoji ‘kiss’ kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, aktor berusia 36 tahun itu juga pernah memuat naik sebuah posting sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September lalu.

Moga perjalananmu diberkati Allah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Selain itu, ada juga beberapa pengguna laman Twitter berharap agar pasangan pelakon yang pernah bergandingan dalam drama Isteri Misteri itu akan bertemu jodoh satu hari nanti.

Harap2 kahwin dengan Azira

Jangan tunggu lama2, sesuai dah tu

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai tahun lalu.

Malah pada tahun lalu, media tempatan turut melaporkan bahawa Azira sedang bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. Bagaimanapun, tidak diketahui status terkini tentang hubungan mereka.

Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada pengesahan lanjut daripada Sharnaaz dan Azira mengenai spekulasi berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: Cari Forum , Instagram Sharnaaz Ahmad , Twitter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.