Pelakon veteran Abu Bakar Omar meningg4l dunia pagi Jumaat akibat masal4h jantung

PELAKON veteran Abu Bakar Omar disahkan meningg4l dunia pada pukul 9.04 pagi, Jumaat di Kedah Medical Central selepas didapati mempunyai masalah jantung.

Menurut anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar, bapanya tidak mempunyai sebarang peny4kit kronik namun Allahyarham ada mengadu kepenatan pada dua hari lalu.

“Bapa saya sudah kembali ke rahmatullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Dia tidak mempunyai sebarang peny4kit. Dua hari lalu, dia mengadu macam penat sikit-sikit tapi masih okay.

“Malam tadi masa pergi ke hospital pun boleh bersembang lagi. Tapi masa jalani pemeriksaan doktor malam tadi, doktor nampak macam ada masal4h jantung,” kata Zainuddin ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah mengesahkan Abu Bakar Omar meningg4l dunia pada pagi Jumaat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.