Ditawar RM50 Sehari, Sy Masih Ada Maruah – Salih Yaakob

” Ya, memang ada produksi menawarkan saya RM50 sehari sahaja untuk berlakon.”

Demikian pengakuan pelakon, pe­nyanyi dan pelawak, Salih Yaacob yang merasakan seolah-olah dipijak pemain industri apabila menawarkan watak dengan bayaran yang tidak setimpal lelah dan kudrat.

Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni namun hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama.

Mengakui terkejut, namun jelas Salih, 60, itu adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat dan pengalaman artis-artis lama.

Malah tambah Salih, dia sudah ‘tidak larat’ hendak me­layan birokrasi pemain industri seni yang sering kali menggunakan alasan tidak cukup bajet untuk memberikan harga rendah kepada pelakon lama.

” Ditawarkan RM50 sehari, itu termasuk kos perjalanan dan lain-lain yang ditanggung sendiri. Kami macam tiada nilai di mata mereka.

” Kita ada maruah dan harga diri. 40 tahun saya dalam industri seni, itu harga yang mereka nilai. Tak apa, lebih baik saya usaha mencari pendapatan lain. Allah itu ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Salih yang juga bekas penyampai radio berkata, buat masa ini, dia ha­nya mencari rezeki seperti berniaga kecil-kecilan dan mengharapkan tawaran daripada produksi yang tahu menghargai bakat orang lama.

Katanya, isteri-isterinya juga bijak mencari pendapatan sekali gus dapat membantunya menguruskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga

Salih masih mampu sara keluarga

Memetik kata-kata Salih dalam artikel pada 4 Mei tahun lalu, beliau bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga ketika negara melaksanakan PKP.

Menurut Salih, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

” Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.” kata Salih.

Salih yang bersara pada Mei 2019 berkata, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

” Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini. Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Berkongsi pandangannya terhadap penularan pandemik COVlD-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah bercer4i seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

Sumber:utusan

Setahun meninggalkan kerjaya seni sepenuhnya, penyampai radio, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Salih Yaacob, 60, mengakui tiada apa yang nak dirindukannya lagi.

Menurut Salih, dia sudah puas dengan apa diraihnya selama ini seperti nikmat populariti dan dikenali ramai yang diperoleh dahulu.

Ujarnya dia tidak mahu terus mengenang lagi kerana usia pun semakin ke penghujung.

” Alhamdulillah, saya tidak berasa rindu langsung pada kerjaya seni yang ditinggalkan. Ini kerana, saya anggap diri sudah bersara dan ada fokus lain yang perlu diutamakan.

Tiada rakan hubungi, Salih tidak berkecil hati

” Malah, rakan-rakan dalam industri pun tidak ada yang menghubungi dan mencari saya.

” Jadi, kehidupan yang dijalani kini dirasakan sangat tenang dan damai.

” Saya pun tidak sedih atau berkecil hati bila tiada rakan menghubungi kerana saya pun boleh mencari mereka.

” Cuma, dalam keadaan sekarang saya tahu mereka sudah tentu ada urusan sendiri,” katanya.

Kata Salih beliau kini bahagia mengharungi kehidupan bersama tiga isterinya iaitu Norlizah Mamat, 55, Norfara Wahida Sulaiman, 41, dan Samihah Sheikh Ali atau Emi, 34.

Bapa kepada 13 anak ini berkata sekarang tumpuan masanya adalah bersama keluarga.

” Kebanyakan anak-anak saya pun sudah besar dan ada yang memiliki keluarga sendiri. Cucu pun sekarang, saya dah ada tujuh orang. Jadi, apa yang nak saya kejarkan lagi.

” Anak masih kecil yang perlu ditanggung pula ada dua orang, iaitu seorang berusia 11 tahun dan paling bongsu, umur enam tahun. Komitmen kehidupan saya sudah tidak besar macam dahulu.

Syukur isteri-isteri saling berkasih sayang

” Isteri-isteri pun saling muafakat dan berkasih sayang. Jadi, saya bersyukur dalam sisa kehidupan ini, Allah sudah mempermudahkan banyak perkara,” katanya.

Menurut Salih, dia juga melihat urusannya untuk terus seronok dengan aktiviti dunia sudah sampai masa berhenti. Sekarang, tempoh yang ada ini baginya untuk mempersiapkan bekalan akhirat pula.

Bersyukur dengan rezeki daripada Allah yang tidak putus, Salih berkata ada tempat tinggal, cukup makan dan pakai buat kekuarganya sudah memadai.

Katanya lagi, kini fasa kehidupan dijalani mereka serba sederhana.

Pada tahun lalu, Salih memilih untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio Sinar selepas 13 tahun berkhimat kerana faktor usia dan kesihatan.

Apapun, Salih juga pernah dikenali sebagai pelakon pada era 1980-an apabila membintangi filem seperti seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: asiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *