Michael Ang Hairan Sikap Orang Malaysia Tayang Kereta Mewah Tapi Duduk Rumah Sewa

Perkongsian penerbit dan pengarah terkenal Michael Ang mendapat perhatian ramai yang hairan dengan sikap rakyat Malaysia gemar menayang kehidupan mewah di media sosial.

Michael berkata lebih hairan segelintir mereka yang gemar menunjuk-nunjuk memakai kereta mewah dan barangan berjenama masih duduk di rumah sewa.

“Kenapa orang Malaysia sanggup tayang dan beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa! Tayang kat media sosial pakai benda berjenama tapi pakai harta orang lain untuk tayang.

“Bagi saya, rumah lebih baik daripada kereta. Sekurang-kurangnya harga rumah semakin naik. Kalau beli sendiri rasa dia jauh lebih sedap dari pinjam benda orang dan tayang cakap benda sendiri.

“Dalam hidup ini tak berhvtang, tak mencvri, tak menlpu adalah kehidupan yang paling bahagia walaupun rumah flat atau baju Uniqlo saja. Betul tak?” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi perkongsian, Michael turut memberi pandangan mengenai ganerari muda yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.

“Kenapa anak muda Malaysia ini kalau nak dapatkan kerja bulan dan bintang dijanjikan. Tapi bila dah mula kerja, kerja macam tahi! Sekarang nak dapat kerja bukan senang,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://www.rotikaya.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.