Netizen Terkejut Isterinya Dah Bertudung, Sekali Ini Komen Nabil “Zira Berubah Sebelum…”

Baru-baru ini, penampilan positif yang ditonjolkan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad bersama isterinya, Zira Ayub mendapat perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Malah, perubahan yang dibawa hos program hiburan, MeleTOP itu turut mendapat reaksi positif para peminat.

Malah ketika ditanya mengenai soal perubahan si isteri yang dilihat sudah mengenakan hijab sepenuhnya, Nabil mengharapkan yang terbaik dan berdoa semoga Zira terus kekal istiqamah.

“Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebenarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah ‘on-off’ pakai tudung dah dua tiga kali.

“Tapi saya perasan, dia ‘on-off’ pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung. Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqamah sama-sama dengan saya,” katanya kepada MH.

Di samping itu, pengacara berusia 37 tahun ini turut memberitahu, kehidupan rumah tangganya kini lebih tenang dan harmoni selepas masing-masing cuba berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya dulu suka marah-marah bila ada benda tak kena. Asyik nak marah sahaja. Suami isteri biasa bergaduh, normal untuk orang yang dah kahwin…

“Perubahan dia dalam keluarga saya tu, saya susah nak gambarkan. Perwatakan dia dan orang-orang yang ada dalam rumah saya sekarang ni berbeza disebabkan agama.

“Betul, bila kita dah ada agama ini dan bila Dia sudah bagi hidayah… alhamdulillah saya bersyukur. Harap sangat saya boleh kekal istiqamah juga” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Kredit foto: IG Nabil

Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *