Selain Neelofa, Perkahwinan Ini Juga Dikatakan Membelanjakan Jumlah Wang Yang Besar Di Hari Bahagia Mereka

Di Malaysia, perayaan perkahwinan kadangkala berlangsung selama beberapa hari. Sesetengah selebriti akan mengadakan majlis sambutan yang berbeza untuk keluarga, rakan dan juga ribuan peminat.

Menurut South China Morning Post, berikut adalah  perkahwinan di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai Crazy rich Malaysian weddings.

Neelofa Dan Haris


via The Hive Malaysia

Noor Neelofa Mohd Noor berkahwin dengan pelakon dan pendakwah Haris Ismail di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada bulan Mac 2021.

Perayaan yang digelar sebagai wedding of the year, menampilkan empat tan bunga hidup yang mekar dan door gift yang mencecah beratus ringgit untuk seorang.

Neelofa menjadi tumpuan 200 tetamu dengan gaun yang dihiasi dengan 5,000 kristal Swarovski yang direka oleh pereka fesyen Malaysia Alia Bastamam.

Fazura Dan Fattah Amin


via Tatler Malaysia

Pada bulan Mac 2018, penyanyi-pelakon Nur Fazura binti Sharifuddin dan Abdul Fattah bin Mohd Amin, yang lebih dikenali sebagai Fazura dan Fattah Amin telah mengadakan resepsi perkahwinan di Royale Palace Shah Alam.

Menurut South China Morning Post, kira-kira 5,000 peminat “Fattzura” diundang ke perkahwinan tersebut.

Chryseis Tan Dan Faliq Nasimuddin


via Hype

Pewaris Berjaya Group dan Naza Group, Chryseis Tan dan Faliq Nasimuddin mengikat tali perkahwinan pada November 2018 di Four Seasons Kyoto di mana pengantin perempuan mengenakan gaun putih oleh Oscar de la Renta.

Pasangan ini juga mengupah kumpulan K-pop D.I.P di jamuan perkahwinan mereka. Dalam majlis berasingan yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur. Seramai 1,300 orang dijemput dan mereka dihiburkan oleh  penyanyi kumpulan Blue dan Shane Filan dari Westlife.

Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Ridza


via Bautiful People

Zahirah MacWilson dan suami Aiman Hakim Ridza, berkahwin pada Februari 2020 di hadapan hampir 200 orang telah menyaksikan pasangan bahagia ini.

Menariknya pasangan  itu memotong kek lapan tingkat menentang graviti yang berharga lebih kurang sembilan ribu ringgit Malaysia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai.MY

\

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *