Gelagat Neelofa Sakat Suami Curi Perhatian, PU Riz Malu Kena ‘Paksa’ Buat Ni Masa Live

Walaupun sudah selamat bernikah pada Mac lalu, pasangan selebriti sensasi terkenal iaitu Neelofa dan PU Riz masih lagi menjadi perbualan hangat netizen.

Terbaharu, pasangan ini menarik perhatian ramai apabila Neelofa membuat IG LIVE di laman Instagram miliknya bersama PU Riz, sambil memberikan Q&A kepada penontonnya.

Namun gelagat PU Riz yang malu-malu dan tidak mahu berada di dalam kamera itu, membuatkan ramai terhibur melihatnya sehingga Neelofa merajuk dek kerana sikapnya itu!

Video

Alahai manisnya pasangan yang baru berkahwin ni ya! Lihat reaksi-reaksi netizen :

Neelofa beri bayangan nak buat majlis resepsi?

BARU nak berehat daripada membaca isu membabitkan Neelofa. Alih-alih muncul pula sekeping foto yang dimuat naik oleh perunding perkahwinan Rekateemor bersama selebriti itu baru-baru ini.

Gambar berkenaan menarik perhatian netizen disebabkan komen Neelofa yang mengundang tanda tanya ramai. Eh kenapa pula tu ya.

“Majlis perkahwinan privasi, tiada telefon bimbit dan kamera dibenarkan,” tulisnya berserta emoji berbentuk hati.

Komen tersebut mencetuskan persoalan adakah dia merancang untuk mengadakan sebuah majlis resepsi yang tertutup selepas ini?

Gelabahlah semua membalas komen tersebut sampai ada yang rasa kecewa kerana komen yang ditulis selebriti itu.

Menjelaskan keadaan, Neelofa membalas pendek berbunyi: “Bergurau sahaja ya semua! Bertenang.”

Oh, bergurau rupanya. Jadi legalah sudah hati semua netizen yang awalnya menggelegak tu kan. Cuma ada yang kata, kalau betul pun apa salahnya.

Teringin juga nak tengok Neelofa pakai baju pengantin sekali lagi. Cuma yang paling penting, jangan lupa patuh prosedur operasi standard (SOP) ya!

GAMBAR Neelofa bersama pasangan suami isteri yang merupakan perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor.

Sumber FB: Lofa Rizz

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : /justbdallnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *