“You Left Us Already?” – Sharifah Sakinah Dilihat Sudah Selamat Berada Di Luar Negara, Netizen Doakan Yang Terbaik Buatnya

Mungkin ada yang masih teringat dengan kisah dan luahan Sharifah Sakinah yang mengatakan dirinya mempunyai masalah Attention-Deficit Hyperactivity Dis0rder atau ADHD yang agak tervk dan perlu menjalani rawatan khusus. 

Dia juga turut mengumumkan dirinya akan berehat dari dunia lakonan sementara mendapatkan rawatan di luar negara. 

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Sakinah dilihat sedang melakukan senaman bersama dengan Michael Hansen. Namun, lokasi dia melakukan senaman itu dipercayai bukan di Malaysia. Dalam pada itu, ramai yang bertanyakan di manakah Sakinah berada.

“Awak sudah tinggalkan kami semua? Jaga diri dan sentiasa gembira dengan orang yang tersayang Kinah!,” tulis salah seorang peminat Kinah di ruangan komen. 

Walaupun ada yang meneka lokasi Kinah berada, namun tidak ada sesiapa yang dapat memastikannya. 

Sementara itu, rata-rata komen memberi kata semangat buat Kinah dan mendoakan dia bahagia menjalani kehidupan baharu di sana. Kami di sini juga doakan agar Kinah gembira di sana dan sentiasa jaga diri di perantauan. 

Terdahulu Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia sedang dalam fasa untuk merawat masalah kesihatannya, dan memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dialaminya. Dia juga ada mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen dan akan berkahwin pada Mei depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *