Kehadiran Sharnaaz Ahmad Meros4kkaan Hubungan Azira Shafinaz Dan Yasser?

Sebelum ini bertahun-tahun Azira Shafinaz bercinta dengan seorang jejaka bernama Yasser namun sayang jodoh tak panjang kahirnya mereka putus.

Namun tegas Azira, keretakan hubungan dengan bekas kekasihnya itu langsung tiada kena mengena dengan Sharnaaz Ahmad.

“Saya berkawan dengan Sharnaaz seperti orang lain juga. Saya akui, kami makin rapat selepas menjalani penggambaran drama Isteri Misteri. Bagaimanapun, saya memang baik dengan semua pelakon lain. Layanan saya sama sahaja.

“Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz.

“Saya rasa mungkin orang luar nampak kami serasi, jadi mulalah orang bercakap soal kami. Bagaimanapun, Sharnaaz bukannya punca keretakan hubungan saya dan Yasser,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Tambah penyanyi dan pelakon ini, dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

“Buat masa ini, saya dan Yasser hanya selesa berkawan. Kami berjalan mengikut arus.

“Saya dan Yasser sibuk dengan kerjaya. Mungkin belum sampai masa untuk kami memutuskan mendirikan rumah tangga. Jadi, sekarang kami mengambil rentak perlahan dengan berkawan sahaja. Saya percaya jika ada jodoh tidak akan ke mana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

“Diakui, saya menyimpan hasrat mahu berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi apakan daya, jodoh belum tiba. Sebagai manusia, kita hanya merancang, tetapi Allah juga yang menentukannya.

“Saya terima dengan hati terbuka sekiranya belum bertemu jodoh, tahun ini. Saya tak mampu menolak kehendak takdir. Jadi, buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya. Jika boleh, saya mahu menikmat! peluang yang terbentang depan mata.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI via terengganutv.bbn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *