Sweet Qismina Kini Di Sah Kan Positive Covid-19 Selepas 3 Hari Sukar Bernafas Di Set Penggambaran

Pelakon drama, Sweet Qismina, 24 sebentar tadi telah mengesahkan bahawa dirinya telah positif wabak Covid-19 setelah mengalami kesukaran bernafas kira-kira sejak tiga hari yang lalu.

Hal ini dimaklumkan sendiri Sweet menerusi Instagramnya dengan memuat naik kenyataan rasmi dari syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💙فرهنا قيسمينا سوڤندي💙 (@sweetqismina)

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memaklumkan bahawa pelakon itu telah ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar bagi tujuan kuarantin memandangkan sebelum ini Sweet berada di Kuala Kangsar bagi tujuan pengambaran filem.

Sweet telah berada di lokasi pengambaran sejak 15 April 2021 dan mengadu kurang sihat pada 16 April. Dia segera ke Colombia Hospital Taiping untuk melakukan ujian calitan dan keputusannya adalah positif.

Dia dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk melakukan ujian saringan dan keputusan masih positif sebelum dibawa untuk kuarantin.

Tambah kenyataan itu lagi, setakat ini buah hati kepada aktor Adam Lee ini dalam keadaan stabil cuma mengalami kehilangan deria bau dan rasa.

Dikesempatan itu, pihak Sweet Qismina sendiri mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan hospital yang menjaganya dengan baik dan turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhannya. Innsya Allah.

Sehubungan dengan khabar duka tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Sweet Qismina dengan mendoakan kesihatannya.

Mereka juga berharap agar orang ramai dapat terus menjaga SOP agar wabak ini tidak terus menular dalam kalangan masyarakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:sinetronmalaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.