“Dia tanya macam mana nak solat duduk” -Sahabat ‘Pergi’ Di Bulan Ramadan Selepas 50 Hari Bertarvng Ny4wa di lCU

HATI siapa yang tidak sayu apabila insan kesayangan dijemput Ilahi, lebih-lebih ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Begitu juga dengan gadis ini yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila mengenangkan sahabat karibnya yang meninggal dunia pada tanggal 6 Ramadan lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Alya Syafiah Hamidi berkata sahabatnya, Nur Fatin Abirah Othman, 19, menghembuskan nafas terakhir selepas 50 hari bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi (ICU).

Mengimbas kembali detik sebelum pemergian sahabatnya, dia yang senang disapa sebagai Alya berkata segala-galanya bermula pada Februari lalu apabila kaki arwah secara tiba-tiba membengkak.

“Arwah Nur Fatin seorang yang ceria sangat… sebelum kejadian kakinya membengkak, dia sihat dan tiada tanda-tanda sak!t. Bila kakinya jadi macam tu, dia pergi ke klinik sebelum dirujuk ke hospital.

Alya (kanan), Allahyarhamah Nur Fatin (kiri) bersama rakan karib yang lain ketika mengambil keputusan SPM pada tahun lalu.

“Dia kena tahan selama dua minggu dekat wad. Masa tu doktor masih tak dapat kesan lagi penyakitnya. Kami pula fikir mungkin ada kena mengena dengan buah pinggang.

“Sepanjang ditahan di wad, arwah kerap berhubung dengan rakan-rakan menerusi Group WhatsApp dan beritahu keadaan kesihatannya. Dia kata nanti dah boleh keluar hospital. Bila dia beritahu macam tu, perasaan risau kami berkurang sikit,” kata gadis berusia 19 tahun ini.

Namun tanpa disangka, beberapa hari kemudian, mesej Alya dan rakan-rakannya dibalas oleh ibu arwah Nur Fatin yang menyatakan keadaan anaknya kritikal dan dimasukkan ke dalam ICU.

Arwah Nur Fatin berkomunikasi menggunakan nota kerana tidak boleh bertutur selepas doktor memasukkan tiub ke dalam mulut.

“Kami terkejut sangat bila ibu arwah beritahu berita tu sebab memang tak expect keadaannya bertambah teruk. Ketika itu difahamkan arwah mengalami pendarahan dalam usus. Setiap kali arwah membuang air besar atau kecil, pasti akan keluar darah.

“Sepanjang di ICU, doktor masukkan lebih 40 beg darah tapi keadaannya masih seperti sebelumnya. Doktor kemudian mengesan terdapat tumor di dalam pankreas. Pembedahan dilakukan tapi tak berjaya membuang tumor tersebut kerana ia agak besar dan merisikokan nyawa.

“Tiga hari sebelum arwah Nur Fatin meninggal dunia, doktor benarkan kawan-kawan datang melawat. Saya dan kawan-kawan memang berulang tiga hari berturut-turut ke Hospital Pinang Pinang.

 

Sepanjang di ICU, doktor masukkan lebih 40 beg darah tapi keadaannya masih seperti sebelumnya.

NUR ALYA SYAFIAH HAMIDI

SAHABAT KARIB

“Kawan-kawan dari Langkawi, Perak sanggup buat surat rentas negeri semata-mata nak melawat. Memang tak menyesal langsung, sebab dapat luangkan masa dengan arwah,” katanya yang juga penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis.

Masih terkesan dengan pemergian arwah Nur Fatin, gadis ini menyifatkan sahabatnya sebagai seorang yang suka menghargai rakan, tidak pernah berkira, suka memberi nasihat selain ceria.

Arwah Nur Fatin (kanan), Alya (kiri) bersama salah seorang rakan mereka ketika hari graduasi tingkatan lima.

Ujarnya, disebabkan sikap tersebut, arwah sangat disenangi ramai dan buktinya, ramai rakan sama ada yang mengenalinya secara rapat ataupun kenalan biasa hadir memberikan penghormatan terakhir ketika hari pengebumiannya.

“Saya dengan arwah kenal sejak Tingkatan 4 namun hubungan kami sangat rapat. Sedangkan saya yang empat tahun mengenalinya pun terkesan, apatah lagi rakan-rakan yang mengenali arwah sejak kecil.

“Sedih bila ingat balik perbualan bersamanya sebelum ini… masa sak!t, dia pernah tanya macam mana nak solat duduk, tengok tulisannya ketika dia dah tak mampu bercakap, tengok barang-barang bila ibunya ajak kemas bilik.

Rakan-rakan arwah Nur Fatin yang turut sama membantu mengebumikan jenazahnya.

“Memang kosong sangat selepas arwah pergi. Saya tak sangka perkongsian di Twitter menjadi viral… namun terharu dan bersyukur ramai yang doakan arwah. Terima kasih banyak-banyak bagi yang doakan dan retweet.

“Sungguhpuh sedih, tapi bila teringat balik wajahnya bersih dan cantik sangat masa nak dikafan, ‘pergi’ pun mudah ketika bulan baik, sedikit sebanyak buat kami reda. Apa pun, hargailah sahabat selagi mana mereka bersama kita sebelum terasa kehilangan mereka, katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *