“Macam dah rasa” Rakaman anak berkeras tak mahu lepas ayahnya pergi bertugas buat ramai sebak

Jakarta: Pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran dan risiko tinggi untuk mengeluarkan kapal selam KRI Nanggala-402 kerana ia berada di kedalaman 850 meter.

Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya untuk mencari kapal selam berkenaan dan menyelamatkan kru.

“Dalam kedalaman 850 meter, pasukan menyelamat berdepan cabaran besar. Risiko juga menanti untuk proses mengeluarkan kapal itu kelak,” katanya.

Katanya, TNI meminta bantuan beberapa negara lain seperti Australia, Singapura dan Amerika Syarikat dalam usaha menyelamat ini.

“Singapura mempunyai kapal yang berupaya mencapai kedalaman antara 900 hingga 1,000 meter. Kita akan pastikan ia ada bersama KRI Rigel dan jika ia terbukti KRI Nanggala, kita akan gunakan aset dari Singapura.

“Aset dari Australia juga disediakan untuk mengesan pergerakan di dasar laut,” katanya.

Menurutnya, KSAL juga mengubah status KRI Nanggala-402 daripada ‘submiss’ (kapal selam hilang) kepada ‘subsunk’ (kapal selam tenggelam).

“Ketika ini juga pasukan menyelamat sedang bersiap sedia untuk usaha mengeluarkan kru yang berkemungkinan selamat.

“Mereka yang selamat akan dibawa ke Surabaya atau Banyuwangi,” katanya.

Anak Tak Nak Lepaskan Si Ayah

Video ini diambil sebelum krew kapal selam Indonesia KRI Nanggala 402 Imam Adi pergi bertugas. Anaknya Azka berkeras tak mahu melepaskan ayahnya dan mengurung ayahnya di dalam bilik.

Sampai hari ini Kapal Selam ini masih tidak ditemui, dipercayai sudah berada 700M di dasar laut perairan Bali. Mari kita sama² berdoa di bulan yang mulia ini, bulan mustajab segala doa agar mereka semua selamat dan kembali ke pangkuan keluarga untuk terus menambah bakti dan amal.
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya, “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”

Sayunya!
@larasputrim

Dukun Buat Upacara Di Tengah Laut, Dipercayai Bantu Cari Kapal Selam Indonesia

Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai dukun didakwa membantu mencari kedudukan kapal selam KRI Nanggala-402 yang telah hilang di kawasan perairan utara Bali, sejak Rabu lalu.

Akaun Instagram @makassar_iinfo yang mempunyai 1.2 juta pengikut memuat naik tiga rakaman video memperlihatkan Persatuan Dukun Nusantara (PERDUNU) sedang melakukan amalan ritual di atas sebuah kapal di tengah laut, semalam.

Memetik artikel di portal Pikiran Rakyat Bekasi, terlihat lelaki berbaju putih dalam video tersebut dipercayai ketua dalam melaksanakan ritual itu menyebut beberapa ‘mantera’ tertentu selain doa Nabi Yunus AS di hadapan dua bekas kecil tempayan air.

Paparan skrin laporan


“Upacara hari ini, nanti kita tutup dengan menghanyutkan (sambil menunjuk sebuah tempayan) yang kita mohonkan kepada Allah.
“Mudah-mudahan melalui cara ini, kapal KRI Nanggala-402 dapat ditemukan dengan segera dan semuanya menjadi selamat,” kata lelaki berbaju putih tersebut.
Berikutan itu, ruangan komen posting @makassar_iinfo dihujani lebih 1,500 komen warganet yang berdebat antara satu sama lain mengenai tindakan dukun tersebut.

Rata-rata netizen mengatakan tidak salah sekiranya upacara berkenaan bertujuan untuk membantu berdasarkan adat dan kepercayaan masing-masing. Namun ada juga segelintir individu menyifatkan perbuatan itu adalah syirik.

Namun menurut laporan media tempatan, harapan bagi menyelamatkan puluhan kelasi kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) itu semakin tipis berikutan bekalan oksigen dipercayai sudah kehabisan.

Serpih4n dipercayai dari kapal selam TNI yang hil4ng ditemui

Beberapa serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang Rabu lepas serta kesan tumpahan minyak ditemukan di perairan Bali.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan menerusi youtube rasmi TNI (Puspen TNI) berkata dasar laut lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu pada kedalaman 850 meter.

Hadi Tjahjanto berkata kapal berkenaan yang diletakkan “submissed” sebelum ini atau terputus hubungan, kini diletakkan “menuju fasa tenggelam” (subsunk).

“Awal pagi tadi (jam 3 pagi) adalah batas akhir live support berupa ketersediaan oksigen di (kapal) Nanggala selama 72 jam, (oksigen kapal yang boleh bertahan selepas dilaporkan hilang dan dipercayai “blackout”),” katanya.

Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *